Smartphone Fotografi Siri 4/ 2021
broadenchanneladmin | Posted on |
Hi guys!
Pada 12&13 june 2021, Alhamdulillah selesai juga kursus smartphone photography, kursus pada kali sekali lagi saya sebagai tenaga pengajar dan rakan partner Zamre (Gijam) mengadakan kelas online smartphone photography dan dihadiri oleh 14 orang ahli yang berasal dari Kelantan, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah. kebanyakan mereka adalah berlatar belakang zero tentang fotografi. Objektif utama kursus ini diadakan sebenarnya adalah untuk memberi pendedahan mengenai cara-cara menghasilkan gambar yang baik untuk mereka yang berminat dengan fotografi, serta mengeratkan lagi silaturahim di antara semua ahli yang terlibat.
Kursus bermula seawal jam 9.00am melalui online kelas Google Meet. Acara dimulakan dengan memperkenalkan diri serta diteruskan dengan pengenalan asas tentang cara-cara menggunakan 3 segi fotografi, komposisi dan sebagainya yang dilakukan oleh Zamrie (Gijam). Disertakan dengan itu, demo telah dilakukan oleh saya sendiri. Setelah itu, ahli mula diberi tugasan masing-masing. kelas kali ini sangat teruja dengan hasil tangan ahli.
Seterusnya program dilanjutkan dengan, sesi latihan kepada semua ahli supaya mengambil gambar bedasarkan sejauh mana pemahaman mereka mengenai smartphone photography. Sesi ini memakan masa selama lebih kurang dua jam untuk mendapatkan sudut gambaran yang cantik. Pelbagai hiasan dan props yang diguna pakai untuk membantu menonjolkan lagi gambar setiap ahli. Setelah selesai, sesi pebentangan serta share pendapat dan komen setiap gambar peserta yang dihasilkan bermula. Alhamdulillah hampir semua peserta memahami apa yang kami kongsikan. Saya dulu bertahun juga untuk menguasai manual setting. (Dulu bukan senang cari guru), tahu kah anda setting manual untuk smartphone dan DSLR sebenarnya hampir serupa.
Selepas selesai sesi tersebut, program diteruskan lagi dengan sesi demo menyunting gambar dengan menggunakan Adobe Lightroom smartphone. Sesi kali ini turut dikendalikan oleh saya di mana membuat perkongsian tentang cara-cara menyunting gambar dengan work flow yang benar. Alhamdulillah ahli smartphone photography siri 4 sangat mudah faham.
Sedikit foto hasil dari peserta siri 4/2021
Bro Aden
Pengurus Art Enterprise
TQ vary much! Ponsikou
Ajiah Joye Jafiri
Peserta
"Hebat-hebat sifu kita ni."
Elly evonly
Peserta
"90% sangat best... sesi belajar yang sangat menarik dan mudah difahami.
Josie Thew
Peserta
broaden phodeography
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami
© Broaden Phodeography
Tinggalkan Balasan