About

phodeographer

bro aden

SABAH FOTOGRAFI

Follow us


Facebook-f


Instagram


Youtube

“50 tahun mendatang, gambar anda masih kelihatan seperti baru berlalu.”

Saya adalah seorang jurugambar yang cenderung kepada fotografi perkahwinan dan Landscaper. Berpengalaman di dalam fotografi perkahwinan semenjak 2012 dan telah merakamkan gambar-gambar perkahwinan untuk lebih dari 1000 pasangan. Berpusat di Ranau, Sabah. Saya banyak terlibat dengan fotografi perkahwinan di sekitar Ranau & Kota Kinabalu. Namun begitu telah banyak juga terlibat dalam fotografi perkahwinan di luar dan pernah dipanggil untuk gambar ke luar negara, di panggil menjadi juri di daerah sendiri, Memberi caramah dan pernah juga mendapat bebrapa anugrah keusahawanan. 

Saya sebenarnya berkelulusan dalam bidang Civil &  Engineering. Walaupun belajar dalam bidang tersebut, namun minat saya dalam bidang fotografi adalah amat tinggi. Namun demikian perkembangan dan kemajuan dalam fotografi adalah agak terbatas kerana kekangan kewangan. Harga peralatan fotografi ketika itu adalah amat tinggi. Apa yang mampu dimiliki hanyalah beberapa kamera digital kompak sahaja.

Kemajuan drastik dalam bidang digital fotografi telah membuka ruang yang lebih luas untuk saya mengembangkan minat saya. Ianya menyaksikan perkembangan pesat dan juga persaingan sihat dikalangan pembuat-pembuat kamera yang seterusnya menjadikan peralatan fotografi lebih mampu milik. Bermula dengan dengan DSLR pertama iaitu Nikon d5000 yang dibeli pada tahun 2010, saya mula mempelajari selok belok DSLR. Kebanyakannya saya belajar melalui pembacaan, bertanya kawan-kawan dan mencuba.

Wedding pertama yang saya shoot ialah perkahwinan abang saya, Ashari & Norazila. Tapi pada ketika itu saya bukanlah official fotografer, cuma sebok-sebok. Wedding yang kedua ialah kawan saya  Sabe & Rafi 2011

Setelah membiasakan diri dengan suasana dan tekanan wedding fotografi saya mula memberanikan diri untuk lebih serius dalam bidang ini semenjak 2012. Pada tahun 2012 itu jugalah saya kenal saudara Nai iaitu partner saya dalam Online media FM. Dari beliaulah saya banyak mempelajari tentang selok belok dunia fotografi. Sejak dari itu everything is history hinggalah kehari ini.

Selepas dari itu, perlahan-lahan saya buka banyak package dalam servis ini.