Tempat Menarik Untuk Photoshoot Di Kundasang 2022

1. war memorial

Memorial ini terdiri daripada empat taman indah yang sangat sesuai untuk photosoot family, couple, wedding atau sebagainya. Pemandangan persekitaran Memorial Perang Kundasang yang berlatar belakangkan Gunung Kinabalu, perkampungan yang indah dan ladang sayur yang terbentang luas mengingatkan kita akan erti nilai sebuah keamanan. Kadar bayaran memasuki Tugu Peringatan ini adalah RM5.00 untuk pemegang MyKad (Warga Negara) manakala RM10.00 bagi pengunjung bukan pemegang MyKad (Bukan Warga Negara). 

2. Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang

Dengan nama jolokan ‘New Zealand Malaysia, Sudah semestinya tempat paling sibuk di kundasang. Untuk Photoshot sangat sesuai gambar family, couple, wedding dan sebagainya. Musim covid ni korang wajib booking untuk datang tempat ni. https://farmbooking.desaplus.com/

Jangan lupa juga ambil gambar puas-puas di sini kerana gunung Kinabalu memang sangat jelas dan hampir di sini, lagi-lagi pada jam 7-8 pagi!



3. Hidden Hill

Suasana Jepun!

Dekorasi luaran dan dalaman berkonsepkan Japan. Anda boleh bergambar sepuas hati dengan berlatarbelakang Gunung Kinabalu yang menjadi lambang kemegahan Rakyat Malaysia.Yang bestnya disini juga boleh menyewa baju tradisional jepun iaitu Yukata dengan harga RM18 sahaja untuk Orang Dewasa manakala RM5 untuk kanak-kanak.

 

Rate harga bermalam disini serendah RM228 untuk 2 pax.Homestay ini baru dibuka bulan Ogos 2020.

 

 



4. Bukit Dodon (Crystall Hill)

Jika ingin bergambar di bukit dalam suasana santai dan pendakian santai dan keadaan mendamaikan, jawapannya ialah Bukit Dodon atau lebih dikenali sebagai Crystal Hill.
 
Jika ingin bergambar disini, Mendaki Bukit Dodon boleh menjadi aktiviti keluarga dan memberi pengalaman kepada anak-anak. Sebagai langkah keselamatan, adalah disarankan untuk memakai kasut yg sesuai terutama jika anda mendaki semasa awal pagi kerana laluan mungkin basah.
 
Masa yang paling sesuai untuk mendaki bukit ini adalah semasa awal pagi atau waktu petang. Seawal 6 pagi, cuaca di Kundasang sudah cerah. Laluan bukit ini adalah dekat dan hanya mengambil masa kira-kira 30 minit utk ditamatkan. Oleh itu, sebelum 7 pagi anda sudah boleh balik ke tempat penginapan untuk meneruskan aktiviti lain yang sudah dirancang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *