[ SENARAI SEMAK Persediaan Menjelang Hari Perkahwinan ]
broadenchanneladmin | Posted on |
Persediaan
Anda dan pasangan sudah ambil keputusan untuk berkahwin. tapi, mesti tidak tahu mana mau mulakan dulu kan?
Mari kami share panduan untuk persediaan majlis perkahwinan kamu nanti!
12-9 bulan sebelum majlis
- Pilih tarikh
Bincang dengan ahli keluarga kedua belah pihak supaya senang mereka mau berkumpul nanti. - Pilih tempat (rumah/dewan)
- Utk yg memilih dewan, survey dan book segera sebab biasanya dewan ni dalam tempoh setahun awal kejap saja sudah kena book.
- Sediakan bajet
Ini penting! Supaya kamu tidak terlebih belanja nanti.
9-6 bulan sebelum majlis
1. Pilih tema
Masa ni sudah boleh decide yang kamu mahu tema apa. Tradisional ka, Tema dalam taman ka, sudah boleh start cari inspirasi
2. Buat survey utk setiap vendor perkahwinan
Survey vendor yg diperlukan contohnya baju pengantin, jurumekap, photographer, videographer, pakej perkahwinan, katering, doorgift dan lain-lain yg kamu perlu.
3. Sediakan senarai jemputan atau buat anggaran
Tanya sekali ibu dan bapa berapa anggaran jemputan mereka. Kadang-kadang diorg punya jemputan lagi banyak dari kita yg pengantin ni tau!
6-4 bulan sebelum majlis
- 1. Mula buat tempahan dgn vendor perkahwinan mana yg boleh
Contohnya jurumekap, catering, pelamin
2. Apply cuti!
Nanti tidak pasal-pasal tidak boleh kahwin pula.
3. Beli barang hantaran
Haa kalau ada sale tu grab cepat sebab boleh jimat!
4. Hadiri kursus kahwin
Ini lagi penting! Pastikan buat dengan pihak yg bertauliah ar.
3-2 bulan sebelum majlis
1. Serah dokumen di pejabat agama
Untuk tempahan juru nikah, pendaftaran perkahwinan dan sebagainya yg berkaitan.
2. Buat ujian saringan kesihatan
3. Buat tempahan selanjutnya bagi mana-mana vendor yg belum settle (cth: baju pengantin, doorgift, kek, dll)
Yala, kadang tu bajet duit kita baru ada masa bulan ni kan. So, selesaikan mana yg belum utk vendor yg diperlukan.
4. Edar kad jemputan
Sudah boleh start edar kad jemputan supaya tetamu terutamanya yg jauh boleh save the date untuk kamu!
1 bulan sebelum majlis
1. Fitting baju pengantin
Wajib! Yala takut kamu terkurus atau tergemuk time ini. Apa-apa masih sempat lagi mau alter.
2. Semak semua tempahan yg diperlukan telah dibuat
Mana yg boleh follow up, buat ya.
3. Pastikan semua dokumen berkaitan pernikahan selesai
Waktu ni sudah wajib settle semua dokumen.
2-1 minggu sebelum majlis
1. Deko hantaran
Kalau tidak sempat buat sendiri, minta tolong adik-beradik atau sedara mara atau tempah saja dengan mana-mana pembuat hantaran.
2. Final confirmation/follow up dengan semua tempat yg ditempah, dan juga juru nikah.
Supaya mereka tidak lupa kita mau kahwin dah minggu ni!
3. Meeting dengan family untuk pengagihan semasa majlis
Parents bahagian mana nanti, adik dan kakak uruskan yg mana, kawan-kawan atau bridesmaid in charge bahagian apa sudah diagihkan tugas supaya memudahkan kerja semasa majlis nanti.
1 hari sebelum majlis
1. Pastikan pakaian pengantin sudah digosok
Masa ni tengok baju pun sudah nervous utk esok!
2. Berikan nombor telefon individu in-charge semasa majlis kepada semua vendor perkahwinan
Yala, tak kan mereka mau contact kamu masa tengah jadi pengantin pula kan! Masa tu kita sudah tidak mau fikir apa-apa lagi!
Semasa hari perkahwinan
Enjoy the day! Tarik nafas dalam-dalam, tenang dan doa semoga semuanya dipermudahkan. Jangan lupa senyum selalu 😉
.
.
Haa macam mana dengan panduan semua ni? Membantu kan? Selamat menempuhi perjalanan menjadi seorang pengantin!
.
.
Tinggalkan Balasan